Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera
semoga hari anda memberi sejuta kenangan indah.
Tajuk entri yang lain dari yang lain ya :) hehehe..........
Teringat zaman sekolah rendah dulu, kan ada kad besar warna coklat yang tersimpan data-data peribadi dan pelbagai jawapan dari darjah satu sampai darjah enam. Ingat tak??
Alahai, yang famous time kite ambil berat, tinggi dan yang paling penting setiap tahun cikgu tanya APA CITA-CITA ANDA? ( dah ingat?hehehehe)
amboiiiii, dah lama kot kad tu dari 90 an lagi :)
seingat cik tyy (tak ingat bila baca kad tu, amboi cik tyy simpan lagi tau)
kat ruangan cita-cita memang senarai pekerjaan yang glamour dan sangat-sangat best lah kalau dapat jadi camtu......antaranya
- PEGUAM
- DOKTOR
- POLIS
- CIKGU
- DOKTOR GIGI
- PENIAGA
dan sebagainya( kan 6 tahun sekolah rendah maka setiap tahun pun beza juga lah jawapnnya kan,kan, kan kecuali Pekerjaan CIKGU kerana tiap-tiap tahun cikgu tanya tiga pilihan cita-cita mesti terselit CIKGU ( yelah da dapat cikgu best, semuanya nak jadi kan. jasamu dikenang wahai WARGA PENDIDIK ku.......terima kasih.......
Bila dikenang-dikenang kembali, tersenyum sendirian.............
Dan kini bila dilihat kembali senarai-senarai kerja yang diimpikan zaman kanak-kanak dulu, ada yang dah tersasar jauh nun di sana...huhuhuhuhu
Tapi alhamdulillah ada satu yang mengena, apa dia?
PENIAGA
Adakah cik tyy akan jadi peniaga berjaya dan memiliki empayar perniagaan yang gah di negara ini ?
Insya'allah, cik tyy akan berusaha kembali ( cik tyy kan dari dulu aktif niaga kecil-kecilan secara offline mahupun online tapi dah berehat seketika untuk mencari pengalaman dalam dunia perkerjaan lain) doakan cik tyy ya kawan-kawan :)
Cik tyy minat jadi CIKGU tapi di rumah saja kerana cik tyy minat bidang lain :)
Cik tyy minat jadi POLIS tapi dalam angan-angan saja kerana cik tyy tak berapa lasak :)
Oleh kerana cik tyy ""terlampau minat"" (tak minat pun) dalam dunia bahasa inggeris dan matematik maka secara terang dan nyata cik tyy tak mampu untuk menerokai kehidupan sebagai DOKTOR dan PEGUAM...
Lepas exam besar time sekolah dulu-dulu, memang menyesal sangat-sangat kerana tak belajar dengan rajin tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur. Lagipun kedegilan cik tyy untuk tidak menyemai perasaan minat ke atas subjek-subjek kritikal maka result pun cemerlang biasa-biasa sahaja.
ADIK-ADIK semua, sila pastikan result exam besar anda hebat dan luar biasa untuk pastikan anda dapat belajar dalam bidang yang anda impikan dan bersaing di dunia perkerjaan. sekian.
Tapi cik tyy BERJAYA jejak ke MENARA GADING atas hasil usaha sendiri selain minat dalam bidang yang diambil seterusnya naik pentas untuk terima pengiktirafan :) alhamdulillah, saya seorang graduan :)
( time jadi budak U, ambik ko!!!! banyaknya time kena speaking english & menghadap subjek mate....SAYA SUKA SANGAT) hehehehehe....YOU CAN DO IT :)
( time jadi budak U, ambik ko!!!! banyaknya time kena speaking english & menghadap subjek mate....
Lumrah kehidupan tak lari dari dugaan , lepas habis belajar kena survive cari KERJA. Baru tau akan payahnya mencari kerja :(
Permulaan yang agak mendukacitakan...............................................
Cik tyy tak kisah pun kalau dapat kerja berbeza dari bidang yang diambil kerana cik tyy ingin kumpul pengalaman, pengetahuan dan kemahiran agar cik tyy mampu jadi seorang berdedikasi dalam tugas selain kehidupan.
walaupun kerja biasa-biasa saja tapi sekurang-kurangnya memberi pengalaman yang sangat berharga....
tapi cik tyy percaya ada hikmahnya dan kejayaaan tidak datang dengan bergolek :)
cik tyy berharap semoga cik tyy akan dapat kerja tetap, terjamin dan mampu membanggakan ibubapa dan keluarga selain dapat memberi sumbangan pada negara. Amin ya robbal alamin...........
semoga juga kawan-kawan di luar sana tercapai cita-cita yang diimpikan.
Amin ya robbal alamin....................
Jangan putus asa untuk mencapai kejayaan :)
No comments:
Post a Comment