:) click-click

Sunday, 27 January 2013

Khasiat bawang putih

Assalamualaikum w.b.t
Have a nice day :)
AHAD YANG INDAH

Sejak zaman kanak-kanak lagi, cik tyy dan keluarga memang suka guna bawang putih dalam masakan terutama mak . Yang cik tyy tahu dari dulu, bawang putih ini sebagai penyedap masakan. Amboiiiiiii , memang sedap walaupun baunya agak kurang menyenangkan betul tak?J pastu, angin pun keluar dengan lancar……kentut ke?..hahaha

cik tyy memang pengemar bawang putih, kalau masak (amboi, rajinnya kau???) mesti tumbuk bawang putih banyak-banyak...sedapnya..................................

BAWANG PUTIH / GARLIC
image share from google :)
nak ambik gambar bawang putih di dapur, kamera kesayangan habis baterinya.......................
search di google je :) thanks PAK G (google)

Nak tahu tak?
Bawang putih banyak kelebihan dari aspek kesihatan, Antaranya :

  • Membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan dengan merembeskan sejenis asid (gastric acid) pada lapisan perut.
  • Bawang Putih juga dipercayai banyak mengandungi serat diet, vitamin b1, vitamin c selain baunya yang mampu menaikkan nafsu makan kebanyakkan individu.
  • Mengurangkan risiko kanser dimana bawang putih mempunyai kandungan selenium iaitu bahan antioksidan yang membantu kurangkan free radical dalam dalam darah seterusnya mengurangkan risiko seseoang individu terkena kanser
  • Mengurangkan risiko strok dimana bawang putih akan meransang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah yang membantu saluran darah mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan  risiko darah tingi dan strok.
  • Antibakteria dan Antivirus
  • Mengurangkan kolesterol dalam badan
  • Mengandungi banyak iodin yang boleh merawat pesakit yang mengidap hypertiroid.
  • Meningkatkan sistem imunisasi dimana pengambilan bawang putih dua atau tiga biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangitan dan tumor.

 siapa yang tak suka makan bawang putih, sila ubah pemikiran dan sila suka makan :)

Sumber : bacaan dari google (blog dan sebagainya)
sharing is caring

No comments:

Post a Comment