Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera
semoga hari anda memberi senyuman hingga tidur lena malam ini.
alhamdulillah, dah makin bertambah usia serta makin tinggi harapan.....
cik tyy hanya insan biasa
seorang anak dari keluarga sederhana yang pada asasnya cik tyy nampak dikatakan mewah dari luaran.
namun begitu, adakalanya geleng kepala juga bila ditanya pelbagai soalan ataupun disindir dan sebagainya....
ragam manusia yang tak pernah puas nak ambil tahu hal sesama manusia kan
" amboi tyy, nak makan tempat mewah aje maklumlah anak orang kaya kan ...." ( dah kebetulan cik tyy makan di situ, makan kat gerai takde pulak nak tegur :(
helllo, cik tyy tak memilih tempat tak kira gerai, warung atau restoren kecil mahupun besar semua cik tyy masuk kalau dah nak makan.
Tahu kah anda, cik tyy pernah makan nasi berlauk ikan kering sahaja pada masa lampau....
" amboi tyy, macam anak raja je dihantar ke sana kemari ..... "( dah nama anak perempuan, manja lah dengan keluarga, kalau dah keluarga nak hantar apa salahnya kan? selama ini cik tyy naik bas, tak nampak lah tu.... )
hello,
Tahu ke anda cik tyy pernah naik motor kapchai pada zaman kanak-kanak selain bas mini.
" amboi tyy, sekarang dah berlambak sijil-sijil makin senang nampak......"( siapa berusaha dia berjaya, alhamdulillah cik tyy diberi peluang untuk memperbaiki taraf hidup cik tyy dan keluarga sekarang dan insya'allah masa depan, semua orang berhak berubah dan mengubah nasib hidup kan?)
Tahu ke anda cik tyy pun pernah hadapi kegagalan. Tapi dari kegagalan itu lah yang buat cik tyy lebih berusaha untuk capai kejayaan.
" amboi tyy, dah makin tua kau sekarang.... kawan-kawan sebaya semuanya dah kahwin dan beranak....yang engkau ni bila masanya jangan jadi anak *********** ......" ( siapa yang tak nak hidup berkeluarga? tapi cik tyy percaya jodoh pertemuan di tangan ALLAH, cik tyy redha dan percaya akan sampai waktunya ).
Cewah, siapa pernah hadapi keadaan sebegini? senyum sorang -sorang okay
siapa cik tyy sekarang semuanya disebabkan MAK, ABAH yang banyak berkorban untuk menyara cik tyy dan adik beradik yang sentiasa mengingatkan cik tyy dan adik beradik supaya sentiasa ingat ALLAH dan jadi manusia yang terbaik.
TAHU KE ANDA ?
Cik tyy pernah merasai hidup sebagai anak kampung yang penuh dengan kenangan-kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.
Cik tyy pernah ikut arwah atuk(dah pencen ) dan arwah nenek pergi laut cari kerang, memukat ikan, ketam dan sebagainya.
Cik tyy pernah ikut arwah nenek pergi cari kayu api , paku pakis di hutan.
Cik tyy pernah mandi sungai.
dan sebagainya :)
Jangan menilai seseorang hanya dari luaran semata-mata sedangkan orang itu mempunyai jalan cerita yang panjang.........
suka dan duka menemani hidup
dan cik tyy masih dalam proses mencari KESTABILAN dalam kehidupan kerana cik tyy percaya
JIKA
Hari ini kita jatuh, bangun semula kerana kejayaan tidak datang bergolek
dan
JIKA
Hari ini kita berjaya, merendah diri lah agar diri tidak menjadi bongkak.
semoga hari esok akan bersinar dan memberi kejayaan. amin
Percayalah wahai teman
DOA
USAHA
IKHTIAR
TAWAKAL
akan buat kita menjadi seorang yang tabah menghadapi kehidupan yang penuh dugaan, sokongan dari keluarga akan buat kita lebih bersemangat untuk BERUBAH dan MENGUBAH nasib hidup kita.
No comments:
Post a Comment