have a nice day :)
Cuti orang-orang bekerja sudah habis, hehehehe ( tapi budak-budak sekolah ada yang cuti sampai seminggu, kalau dah sekolah banyak chinese :) sangat untung kan? tapi cuti kena ganti kan.)
Batuk dan selsema datang menyerang tanpa diundang......... dugaan
sakit kepala nak buat sesuatu, elok tidur dan tidur :)
Cik tyy kalau dah terkena batuk dan selsema , suka makan pedas kerana ianya memberi kelegaan. hehehe
Selalu kalau malas nak masak ( dah sakit, masak pebende) cik tyy minta sesiapa yang ada belikan maggie kari atau maggi sup........berapi-api gitu termasuklah berpeluh-peluh ketika makan tapi memberi kelegaan yang bagus. Elok tak? korang punya badan, korang oleh jawab kalau dah cuba.
Bagi cik tyy, terbaikkkk .......
Melalui makanan pun sebenarnya boleh merawat dan mencegah batuk dan selsema kerana terbukti berjaya.
Mari kita tengok jenis-jenis makanan lain yang boleh kita amalkan melalui pemakanan. Cik tyy lupa dapat dari mana tapi cik tyy kan suka membaca kalau dah surf internet, sharing is caring ..........
1. Sup Ayam - Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
2. Makanan Pedas - Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3. Bawang Putih - Ia boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran anda atau kunyah 2 ulas bawang putih mentah.
4. Air - Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5. Buah-buahan Sitrus - Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6. Halia - Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.
Kalau penyakit dah serius, SILA JUMPA DOKTOR ye :)
Kita hanya mampu merancang, ALLAH menentukan.
No comments:
Post a Comment