:) click-click

Wednesday, 25 December 2013

IMPIAN KU

Assalamualaikum

2013 makin melabuhkan tirai..................
today 25 Dis 2013
selamat hari cuti buat semua, cuti perayaan buat kawan-kawan beragama kristian,,,,,selamat hari krismas :)

Cik tyy ni after solat subuh, suka dok luar umah melihat keindahan subuh ciptaan ALLAH,
alhamdulillah, sungguh indah ciptaan mu YA ALLAH.
pastu kan cik tyy suka memikir masa depan (angan-angan pun muncul)..hihihi

banyaknya impian cik tyy............... tapi belum ku capai :(
tahun makin berganti
impian makin meninggi
perancangan kian teliti
adakah akan ku miliki???

Pertama sekali, da tentu cik tyy nak jadi hamba ALLAH yang baik, umat NABI MUHAMMAD yang baik, anak solehah yang baik, dan dan dan menjadi saudara yang baik :) semoga ALLAH menerima amalan ku, dan sentiasa meredhai diriku hingga akhir hayat..

Kedua, cik tyy nak berjaya dalam karier .
cik tyy sntiasa berdoa dan berusaha untuk memajukan diri dan akan mendapat pekerjaan yang diidam-idamkan,,,,tak dela stinggi mana, tapi cukup la dapat kerja yang halal, tetap dan terjamin masa depan..
Banyak sangat cik tyy nak buat jika cik tyy dah ada sumber kewangan yang tetap dan kukuh. Antaranya : Nak tolong MAK ABAH (walaupun parent kerja, tapi hidup kita lagi berkat dan murah rezeki kalu kita bagi sesuatu kat mereka kan )

Cik tyy pun nak ada akaun bank yang banyak duit (amboi,,,fikir baik-baik ye, bulan-bulan pas gaji simpan sikit sikit kat bank u ollls)

APA LAGI CIK TYY NAK MILIKI ?

KERETA (bohong la siapa tak mahu kereta kan, boleh bergerak sana sini dan bawa orang tersayang pergi jalan-jalan, seganlah asyik naik kereta parent  or adik beradik u olllll),

 Pastu cik tyy nak ada TANAH atau RUMAH (eh, anak pompuan pas kawin ikut laki pe,,,amboi anggggg,,,,,, cik tyy nak juga merasa rumah sendiri, senang cerita NAK BAGI KAT MAK ABAH :), walaupun parent da ada rumah sendiri, tai sejujurnya cik tyy nak parent hidup lebih selesa ,kalu bosan-bosan boleh rumah saya,,eh eh, tentu syok kan :)

Sebenarnya, cik tyy teringin nak tunai UMRAH DAN HAJI bersama keluarga tersayang, semoga ALLAH memudahkan urusan cik tyy dan keluarga untuk menjadi tetamuNYA. Aamiin.

Ada lagi, cik ty berharap cik tyy nak sentiasa buat AMAL JARIAH DAN SEDEKAH sepanjang hayat, sedikit ke banyak ke, sekurang-kurangya kita dapat bantu semua orang yang memerlukan bantuan...TAPI TAPI bukan tunggu ada duit je ye,,,fikir baik-baik,,, Senyuman pun  satu sedekah kan , tolong orang lintas jalan pun amal kan,,,dan banyak lagi yang kita semua tahu yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

TU JE KE CIK TYY??

ADA LAGI LAH :)
Sejujurnya cik tyy ada impian nak kahwin (siapa cakap takde hati nak kawin?? check hati masing2 sekarang....hihi..... cik tyy berdoa semoga suatu hari nanti ALLAH Swt akan temukan cik tyy dengan jodoh yang baik yang dapat membimbing cik tyy ke jalan yang diredhai ALLAH.aamiin....)
Diri ku hanya wanita biasa
yang tak punya harta dan rupa paras yang menawan
tapi diriku mempunyai hati yang ingin disayangi bukan disakiti
yang ingin dijagai bukan di tinggalkan
yang ingin dibimbingi bukan di sepak terajang
yang ingin menjadi seorang isteri dan ibu solehah kepada suami yang soleh...
semoga ALLAH temukan daku dengan si dia
semoga suatu hari nanti aku bernikah
dan berbahagia menjalani hidup berumahtangga hingga akhir hayat..aamiin

cik tyy pun nak sangat bercuti sana sini mengelilingi dunia gitu,. boleh kita lihat keindahan ciptaan ALLAH yang maha kuasa kan,,,Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

tak leh bayang keseronokan ini, sangat sangat beruntung dan bertuah nya hidup seseorang jika dapat bahagiakan ibu bapa, bantu adik beradik, bantu sanak saudara, bantu golongan susah,,,
betapa ku mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan...
.semoga ALLAH mempermudahkan urusan-urusan ku dan makbulkan segala hajat ku....aamiin

coretan cik tyy di pagi indah ini :)
yang baik datang dari ALLAH
yang buruk datang dari cik tyy

maaf ye kalau penulisan cik tyy ada tak selesa membaca,, ini luahan dari hati tulus ikhlas......
cik tyy berharap sebelum cik tyy menghembus nafas kali terakhir, cik dapat mencapai impian-impian walaupun sedikit tapi membahagiakan mak abah pun da cukup buat cik tyy :)

Duhai ibu ku bapaku
betapa anak mu ini benar benar menjadi anak solehah
betapa anak mu benar-benar ingin membahagiakan kamu berdua
betapa anak mu ini benar-benar ingin menjadi kebanggaaan kamu berdua
dalam doaku sentiasa ada kamu
dalam perjalanan hidup ku sentiasa ada kamu
di saat ku senang dan susah sentiasa ada kamu
ketahuilah ibu ku bapaku,
anak mu ini benar benar menyayangi kamu :)

selamat bercuti kawan-kawan :)



No comments:

Post a Comment