Kerap dipesankan jangan membenci pendosa tetapi bencilah dosanya. Begitulah juga apabila diri kita sendiri berdosa, bencilah dosa kita tetapi jangan sekali-kali membenci diri sendiri.
Tetaplah sayangkan diri kerana itulah bekalan untuk bertaubat. Membenci diri sendiri hanya akan menjerumuskan kita ke lembah kecewa dan putus asa...
Ya Allah kami sedang belajar untuk mencintai Mu, walaupun cinta itu sering terganggu. Ya Allah, didik dan bantulah hati kami untuk mudah ingat kepadaMu. Amin.
No comments:
Post a Comment