Assalamualaikum
salam jumaat
Amalkan membaca "Ya Qawiyyu"Maksudnya "Wahai Yang Maha Kuat"Dibaca selepas salam kedua selesai solat.
PETUA 2
Jangan cuci muka dengan "Cleanser" atau sabun pembersih muka pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri pada wajah.Cukuplah dengan air biasa (whuduk). Kalau kulit berminyak selepas bangun dari tidur, boleh guna "serbuk teh" sebagai ganti pencuci muka (Ada Asyraf terangkan kat bawah nanti).Kita boleh guna Cleanser sebelum tidur (malam hari) untuk rehatkan kulit muka.
PETUA 3
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau sewaktu menyapu "Moisturizer".
PETUA 4
Berselawat 3 kali dan tiup perlahan ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan diikuti dengan doa. Kalau yang tak pakai bedak, cuma perlu selawat, tiup atas telapak tangan dan usap pada muka diikuti doa."Ya Allah serikanlah wajahku, agar yang memandang berasa senang denganku"
PETUA 5
Membaca doa ketika melihat cermin"Ya Allah sebagaimana Engkau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku"
PETUA 6
Solat Fardhu 5 waktu dan rajin berwhuduk. Rajin solat, rajin whuduk, Allah anugerahkan cahaya pada wajah. InsyaAllah. Kalau boleh sebelum pakai make up berwhuduk terlebih dahulu.
p/s : kalau whuduk untuk solat fardhu kita buat 5 kali sehari, bermakna sudah 5 kali kita cuci muka kita dalam satu hari. Itu dah lebih dari cukup untuk pastikan kulit muka bersih.
PETUA 7
Lelaki atau perempuan wajib "TUTUP AURAT SEMPURNA". InsyaAllah belajar sayang diri.
No comments:
Post a Comment