Assalamualaikum
hai semua,
amboi tajuk entri, mengimbau kenangan kanak-kanak riang tu..hahahaha
Kalau nak tahu, cik tyy memang pencinta lautan biru.
Alhamdulillah cik tyy membesar di sebuah negeri yang kaya dengan lautan dan pulau-pulau yang sangat cantik.Betulkan semua.
Teringat dahulu kala,
masa zaman kanak-kanak cik tyy membesar kat kampung abah, alhamdulillah
dok dekat dengan atuk nenek, pakcik makcik dan saudara mara....bayangkan pada zaman itu
sangat happening ko..
dah tu umah lak dekat dengan sungai....agak2 boleh bayang tak cik tyy terjun dari jambatan
( sayangnya tak jadi macam pandalela renong plak kebanggaan negara tu) aisey,,hahahaha
Dari sungai tu la ke laut.....(padahal keluar dari kampung tu memang da nampak lautan luas....syukur)
masa kecik-kecik tu dari lahir sampai darjah 3 cik tyy besar di kampung abah.
memang syok abes.
So bila arwah atuk da pencen ,, atuk suka pegi laut dengan arwah nenek....balik balik je,,,wahhhh seafood koooooooo
memang puas hati makan.
Nak jadikan cerita, mak abah pun suka join arwah atuk bila free makanya anak-anak nya ini pun join sekaki gitu
hahahaha
bila tak sekolah, makanya kami adik beradik
"atuk atuk nak ikut..hihihi"
arwah atuk & nenek bawa aje,,,,walaupun kecik2 kami ni pada masa tu....
keluarlah naik perahu dari sungai ke laut
wahhhhhhhhh indahnya
banyak tul aktiviti-aktiviti kami buat kat laut (opsssss...atuk yang buat, kami tengok pastu try jugak,hahaha)
1. Arwah atuk g memukat ikan & lain2
2. Arwah nenek g ambik kerang & lain2
3..lepas tu arwah atuk nek bawa kami pusing2 kat laut tu,,x la dalam sangat pun,,,,pusing pakai perahu la,,takkan berenang kan,,hahaha
4 lepas tu kami makan2 kat pulau,,,syoknyaaaa,,,bakar ikan, ketam & lain2..
memang best la ....dengan tak sengaja kami pun terjoin sekali ..itupun bila air surut la,hahaha
bila mak & abah join skali,, makan makin riuh lah kami
cik tyy pernah merase memukat ikan, pancing pun biasa lah
cik tyy pernah merasa ambik kerang kat laut
cik tyy pernah merasa pijak ketam kat laut (ni mak ajor)
dan macam-macam lagi la aktiviti dibuat bila jumpa laut
itula kenangan terindah bersama arwah atuk nenek sebelah abah sebelum kami pindah..
semoga roh arwah tenang damai hendaknya di sana.aamiin
***kisah ini salah satu sebab kenapa cik tyy pilu tengok lautan
u see....kenangan lalu yang tak dapat di ganti.
berangan nak umah menghadap lautan............
No comments:
Post a Comment