saya suka saya share, mohon ye admin :)
jom terjah link di atas
my favourite :)
Rendang Tok.
Rendang nostalgia bagi saya. Masa kecil dulu mak saya suka ke Singapura, setiap kali kesana.. pasti mak beli nasi putih (panas-panas) berlaukkan rendang tok (daging seketul besar dan senang disiat-siat).
Berbanding dengan rendang minang, rendang tok ni saya gunakan kerisik.
Bahan:
2 kg daging (potong dadu atau saiz yang dikehendaki)
1kg santan pekat (@ dari 3 biji kelapa)
1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik)
2 helai daun kunyit (dihiris halus atau dikoyakkan)
4-5 helai daun salam ( daun bay leaf pun boleh)
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
keping gula nipah/ kabung/ melaka (mengikut rasa)
Garam secukup rasa
Bahan Disangai (goreng tanpa minyak)
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 -1/2 sudu makan biji ketumbar
Bahan kisar (perap)
20 biji cili kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam
20 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
5 batang serai
5 cm. halia
3 cm kunyit hidup
Bahan yang disangai tadi
Caranya
Potong dan bersihkan daging, perapkan dengan bahan perap. letakkan dalam peti sejuk (bukan tempat beku) dalam 3 - 4 jam. Musukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali dengan santan, daun2 (kunyit, salam dan serai), bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih. Boleh tambah air untuk memastikan daging cukup masa untuk empuk. (atau boleh masak dalam periuk tekanan terlebih dahulu)
Sambil tu bolehlah gorengkan kerisik (atau sediakan awal)
Masukkan garam, gula dan perasa.
Bila hampir pekat dan daging telah empuk, masukkan kerisik dan kacau hingga betul-betul
TIPS
Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
Kelainan rendang tok dengan rendang lain adalah daun salam.

No comments:
Post a Comment