Ingatlah apabila kita memaafkan orang:
1. Memaafkan tidak perlu melupakan. Yang penting usah lagi disebut, diungkit atau diingatkan. Umpama luka, ia akan cepat sembuh jika tidak disentuh. Jika asyik diusik-usik, lambatlah sembuhnya. Silap-silap lagi merebak jadinya.
2. Memaafkan tidak perlu bersyarat. Misalnya, ada yang berkata, "aku boleh maafkan engkau, dengan syarat jangan buat lagi". Manusia bukannya malaikat. Ada yang melakukan kesilapan berulangkali sebelum Allah berikannya petunjuk dan hidayah. Usahanya untuk berubah perlu didorong bukannya dibenam.
3. Usah ditanya keikhlasan seseorang itu berubah, itu urusan Allah. Memaafkan itu bukan tentang diri orang lain sama ada bersalah atau tidak, sebaliknya ia adalah urusan kita dengan hati kita sama ada kita berjiwa besar atau tidak.
4. Memaafkan bukan bermakna kita menerima atau bersetuju dengan tingkahlaku atau perbuatan orang yang melukakan atau menyakitkan kita. Memaafkan itu kerana kita mahu biarkan apa yang berlaku itu berlalu dan membolehkan kita teruskan hidup kita tanpa perlu memikirkan orang lain. Hidup perlu diteruskan. Kita berhak untuk bahagia.
Semoga Allah berikan kita kekuatan.

No comments:
Post a Comment