:) click-click

Tuesday, 2 April 2013

Ingin ku petik bintang yang tinggi.....

Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera
have a wonderful day :)

Ada sesuatu yang cik tyy impikan dari dulu tapi belum dapat lagi :(
ada sesiapa berada dalam keadaan sebegini?
kita kongsi bersama
sedih memang sedih
pedih memang pedih
rasa nak nangis terus menangis kerana apa yang diinginkan masih belum ada hasilnya
mungkin kerana usaha masih belum 100 %
mungkin kerana angan-angan menguasai diri
mungkin kerana terlalu berharap sesuatu yang dimahukan itu ada sekelip mata
tapi siapa kita nak melawan ketentuan Illahi kan.
kita hanya mampu merancang namun Allah menentukkan.
sesungguhnya Allah akan beri kita yang terbaik cuma waktunya tak diketahui oleh kita kan.
selagi masih bernafas, kita hendaklah berusaha dan terus berusaha
kerana KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN tidak datang bergolek.
namun begitu
Berhenti berharap pada sesuatu yang tak pasti jika hanya memakan diri
 fokus mencapai impian, cita-cita , cinta dan sebagainya
ibarat mengukur baju di badan sendiri
kita kena berpijak di bumi yang nyata
dan berusaha dengan titik peluh sendiri :)

kalau diri merasa sunyi,
kalau diri merasa sedih
kalau diri merasa tersisih
cuba lihat di luar sana
ada lagi manusia berada dalam kesunyian, kepedihan dan disisihkan.
oleh itu, tabahkan hati
kuatkan diri
menghadapi segala dugaan dan ujian dalam kehidupan
ingatlah kita tak bersendirian
kerana
ALLAH kan ada :)
teman di kala suka dan duka :)
Semoga kita semua dirahmatiNya dan dipermurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan untuk mengejar impian. amin

p/s : jadikan kegagalan itu sebagai kekuatan untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment