Assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera
semoga kita semua dalam keadaan sihat hendaknya.
DAH BELI BAJU RAYA?
cik tyy belum lagi, dok terfikir mencari warna tema untuk tahun ini :)
tahun 2011 warna biru kerana ahli keluarga berkumpul, tahun 2012 warna warni ( kes tak cukup ahli, ade yg balik beraya umah mentua) tahun ini,yeahhhhhh semua balik dan ada ali baru, jeng jeng jeng.
Menarik kan tajuk entri kali ni? dah lama kat draft :) sekarang baru ak publish.....kalau tak silap cik tyy dapat info ini dari sini
jom kita tengok dan amalkan
Persiapan awal
- supaya pengeluaran wang tidak berlaku sekali gus. Lebih baik jika anda jenis yang berjimat, buat survey tentang harga asal baju dan beli yang murah. (Kadang-kadang, nama sale, tapi tak sale mana pun..)
- dapat tahu kos untuk baju raya. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga kan.
Senarai keperluan
- pastikan keperluan diutamakan, bukan kehendak. Jika ada baju yang masih cantik dan sesuai, apa salahnya recycle kan?
Bajet perbelanjaan
- Tetapkan minda untuk tidak berlebih-lebih dalam memilih pakaian. Lebih bagus jika kos dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya, lebihan duit boleh diguna untuk perkara lain. Pastikan juga tiada barangan lebihan dibeli, melainkan ada wang yang telah diselamatkan. Tidak salah sekiranya anda mampu membeli.
Pandai memilih
- Sebaiknya jika anda bijak memilih, tentu ada tempat di mana mahu mendapatkan baju yang cantik, tetapi murah dan ada kualiti. Yang penting, rajinkan diri membuat survey dan buat pilihan bijak.
Tentukan saiz pakaian
- ini lebih kepada jika anda membeli pakaian siap. Juga berguna jika anda ingin membeli pakaian untuk ibu bapa atau sesiapa sahaja, di mana individu tersebut tidak hadir membeli bersama anda.
Berhati-hati
- tidak rugi jika berhati-hati kerana apabila musim perayaan ini, ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan. Kadang-kadang baju lama atau ‘reject’ tetap dijual dengan harga yang sama dengan baju biasa.
Keadaan pakaian
- kadang-kala terdapat kecacatan pada pakaian. Biasalah, ia pun buatan manusia. Pastikan anda periksa pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Takut juga tidak dapat ditukar apabila sudah dibeli.
Elakkan berhutang
- Walaupun banyak keperluan yang perlu disediakan, sebaik-baiknya elakkanlah berhutang. Jangan sampai ingin bergaya, tetapi hutang keliling pinggang.
sharing is caring :)
No comments:
Post a Comment