Assalamualaikum w.b.t
salam sejahterasemoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungiNya.
Musim hujan sekarang di tempat cik tyy, so aktiviti luar pun kurang.
Dok menghadap komputer sehingga cukup waktunya,hahahaha
Tak tahu nak cerita fasal apa, tetibe teringat nak makan karipap mini yang comel tu :)
Mengisi masa terluang, cik tyy pun masuk dapur (bangga omak den, hahaha)
(sebenarnya ahli keluarga ada yang tiada, semua fly to kl nak sambut orang baru gitu)
Check dapur, aduhai BILA TERAKHIR SHOPPING BARANG DAPUR??? hahahaha
belum gaji maka dapur pun kering..
eh, dah dah dah lah tu,meh tengok resepi karipap mini cik tyy yang sangat simple tapi SEDAP
makan sorang-sorang, maka puji pun sorang-sorang je :(
KARIPAP MINI CIK TYY (INTI KELAPA)
Bahan-bahan : Kelapa parut, tepung, marjerin, garam, minyak, gula perang/ gula merah (ikut suka),air
BAHAN-BAHAN
Garam,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, , gula perang
Tepung gandum ........................marjerin
Kelapa parut
CARA BUAT :
Kelapa parut digoreng bersama gula perang sehingga sebati dan masak.
Tambahkan secubit garam
(ikut citarasa anda, nak manis tambahkan gula perang)
Acuan karipap mini dan penggiling (apa tah nama?)
Minyak masak, air, inti kelapa yang siap dimasak
Tepung gandum digaul bersama mentega, air dan sedikit minyak
Uli semuanya sehingga menjadi doh yang lembut
Siap untuk diproses
Giling doh tepung menjadi rata dan nipis ( ikut suka hati)
>>Kulit karipap mini
Are you ready???
Letak kulit karipap mini di acuan dan masukkan inti kemudian himpitkan
(cik tyy tak reti guna ayat orang-orang pakar masak ni,hahaha)
Ini hasilnya....comel comel belaka kan?
Kemudian , karipap mini digoreng sehingga kekuningan
Dah siap :)
Rangup dan lazat bila dah masuk mulut :)
Masukkan ke dalam bekas tertutup agar tidak masuk angin
SEKIAN TERIMA KASIH :) |
What do you think???
= rajinnya kakak iman kan,hahahaha
do not understand?
Go to Google translate
Malay to english or other's
No comments:
Post a Comment