hAVE a wondeful day :)
Hari minggu yang sungguh cerah, Alhamdulillah
Cik tyy tak pergi mana-mana pun hujung minggu , just duduk rumah :)
Kebetulan cik tyy terlampau rajin hari ini maka pagi-pagi dah masuk dapur (bangga omak den you ollls). Kebetulan my parent pergi kenduri kahwin anak kawan nya, jadi saya lah chef hari ini.........
Main masak-masak gitu.
Masak apa?
LAKSA :)
Siapa suka? senyum sorang-sorang ye
mula-mula blur juga nak start buat dari mana (maklumlah cik tyy kan "terlampau rajin masuk dapur" opsss)
sempat juga mintak bantuan encik google ku sayang...
mencari terus mencari
wahhhhhh, banyaknya resepi laksa... cik tyy pun da ingat kembali cara nak buat laksa
( dah berapa kali omak ko tunjuk dan buat???? masih lupa lagi.....huahuahua kecian kan cik tyy, saya budak baru belajar)
lepas tengok internet , macam2 resepi macam cara {tak ingat daripada sumber, lupa nak save link agar dapat belajar :(, so serabut time tu)
jadi time buat pun ingat-ingat lupa..... mane lah nak bawa lappy masuk dapur kan.....da offf pun lappy time tu coz nak jimat letrik,,hahahaha
Oleh kerana bahan ada yang tak ada maka jadinya laksa cincai je :)
Mari kita tengok Laksa cik tyy :)
Anggaran sukatan pun main campak-campak je asal boleh dan jadi sedap (???????? tak reti pun nak sukat-sukat,hahaha)
Bahan-bahan : Ikan kembung, cili kering, daun kesum, bunga kantan, belacan, asam keping, cili kering, limau nipis, spaghetti ( ganti mee laksa), bawang besar, bawang kecil dan garam.
Cara buat kuah: Rebus ikan dan asingkan ikan dan simpan air rebusan itu
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala
Separuh isi ikan di blender halus dan separuh di carik-carik
Manakala kepala ikan dan tulang diblender halus dan di tapis ambil airnya.
Blender cili kering bersama belacan dan bawang merah kecik dan masukkan ke air rebusan ikan
tadi dan seterusnya masukkan semua isi ikan (yang dah diblender atau di carik serta air tapisan
tulang ikan & kepala)
Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping
Tambahkan serbuk perasa
inilah kuah laksa :) |
Cara buat : Rebus mee spaghetti sehingga masak dan toskan
Rebus telur
Potong limau nipis , bawang besar dan cili api
Jika suka tambah salad ,nenas , timun atau mengikut kreativiti anda
( cik tyy kekurangan bahan, timun pun dibeli lambat maka timun ditambah pada second trip....makan
time,,hahahaha)
INI LAH HASILNYA :)
SEDAP TAU
bahan hiasan banyak kurang tapi ok lah dari tiada kan
(tapi cair sikit, next time nak buat pekat-pekat )
Macam mana kawan-kawan?
ok tak
( korang tak boleh rasa maka tengok gambar aje lah )
tapi sedap lah juga (hahaha, sedaplah sangat tapi tukang rasa kata ok je )
walaupun tak sehebat hasil tangan omak den, my sis dan chef-chef di luar sana tapi cik tyy mencuba :)
lepas ini nak buat lagi sampai terror gitu.
selamat berhujung minggu semua :)
No comments:
Post a Comment