Assalamualaikum
cik tyy peminat buku tulisan ustaz Fathuri Salehudin yan berjudul ' MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"
Alhamdulillah banyak kebaikan dan ilmu dapat.
cik tyy juga suka g tengok https: //www.facebook.com/JemputRezeki
banyak ilmu juga diturunkan disana
jom terjah :)
mintak izin ye ustaz tuk share di blog tyy ni..hihi :)
sharing is caring kan
BANYAKKAN 4 PERKARA
***********************
Semasa bersafar selama tiga hari yang lepas; kami belajar untuk berlatih taat terhadap 12 perkara yang dijadikan adab dan tertib semasa bermusafir di jalan Allah. Di antara 12 perkara itu ialah:
1) Empat perkara perlu diperbanyakkan
2) Empat perkara perlu dikurangkan
3) Empat perkara perlu ditinggalkan
****************
Empat perkara yang perlu diperbanyakkan adalah:
1) Banyakkan beribadat
2) Banyakkan mengajak orang berbuat kebaikan (berdakwah)
3) Banyakkan belajar dan mengajar
4) Banyakkan khidmat ( tolong orang )
*****************
Melalui latihan itu, kami berasa tenang dan aman. Manakan tidak, bila apa yang dihajati mudah sahaja berlaku, maka fahamlah kami bahawa ia berlaku kerana bantuan Allah.
Dan bantuan Allah datang pun datangnya bersebab
Justeru, bilamana apa yang dihajati menjadi sukar jalannya, kami pun faham, adalah mana-mana amalan diri sendiri yang Allah tidak berkenan.
Dan mungkin saja , ada amalan yang terkurang di sana- sini.
*****************
Natijahnya, dengan latihan ini kami terhindar dari cenderung untuk menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk mengata dan mengumpat.
******************
Natijahnya, kami belajar melihat ke dalam diri, berbanding melihat kelemahan orang lain.
Begitulah....
share from : MMR
KLIK KLIK KLIK
No comments:
Post a Comment