:) click-click

Thursday, 21 May 2015

TINGGALKAN EMPAT PERKARA

Assalamualaikum



TINGGALKAN 4 PERKARA


***************

Semasa bersafar selama tiga hari yang lepas; kami belajar untuk berlatih taat terhadap 12 perkara yang dijadikan adab dan tertib semasa bermusafir di jalan Allah. Di antara 12 perkara itu ialah:


1) Empat perkara perlu diperbanyakkan

2) Empat perkara perlu dikurangkan

3) Empat perkara perlu ditinggalkan

****************

Empat perkara yang perlu ditinggalkan adalah:

1) Tidak meminta kepada makhluk, meminta hanya kepada Allah

2) Tidak mengharap kepada makhluk, mengharap hanya kepada Allah

3) Tidak membazir

4) Tidak menggunakan barang tanpa izin.

******************

Melalui latihan itu, kami berasa tenang dan aman. Manakan tidak, bila apa yang dihajati tidak berlaku seperti yang diharapkan, kami segera faham, inilah masanya untuk meminta dan berharap kepada Allah.

Bila dapat kami belajar bersyukur
Bila belum dapat kami belajar bersabar

******************

Natijahnya, dengan latihan ini kami terhindar dari cenderung untuk menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk mengata dan mengumpat.

******************

Natijahnya, kami belajar melihat ke dalam diri, berbanding melihat kelemahan orang lain.

Begitulah....

*******************

SHARE FROM : MMR

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


No comments:

Post a Comment